Diari Inilah Yang Menceritakan Sejarah Anak Gadis Saya Dimakan Oleh Teman Lelaki Selama 6 Tahun

Loading...

Diari milik kanak-kanak perempuan membongkar rahsia bahawa dia menjadi mangsa rogol teman lelaki ibunya di rumahnya di Kajang, sejak April lalu.

Rahsia itu terbongkar apabila ibu mangsa, 44, masuk ke bilik anak perempuannya yang berusia 12 tahun kira-kira 1 pagi, 9 Ogos lalu dan terjumpa diari anaknya itu

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, ibu mangsa terkejut apabila membaca curahan isi hati anak bongsunya itu, apabila dia menceritakan bahawa dia dicabul teman lelaki ibunya pada awal April lalu ketika wanita terbabit pergi ke China untuk urusan kerja.

Menurutnya, wanita itu kemudian bertanya kepada anaknya mengenai kejadian sebenar dan mangsa mengaku suspek menceroboh ke dalam biliknya dan merogolnya beberapa kali.

“Remaja perempuan itu mengesahkan kejadian itu berlaku sebanyak empat kali sehingga Julai lalu,” katanya dalam kenyataanya di Kajang, semalam.

Dzaffir berkata, susulan daripada laporan polis yang dibuat, suspek berusia 40 tahun yang bertugas sebagai pengurus syarikat swasta ditahan di Jalan Semenyih, kelmarin untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

kisah ke 2

Diari dedah perbuatan keji teman lelaki ibu

KAJANG: Penemuan diari seorang kanak-kanak berusia 12 tahun membongkar nasib malang dirinya yang menjadi mangsa rogol dan cabul oleh teman lelaki ibunya di Kajang Perdana di sini.

Diari itu ditemui ibunya, yang kemudian bertanyakan hal berkenaan kepada mangsa, yang juga anak bongsu daripada dua beradik.

Loading...

Kanak-kanak itu kemudian menceritakan suspek yang berusia 40 tahun masuk ke biliknya dan merogolnya empat kali bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, berkata ibu mangsa kemudian membuat laporan polis pada 10 Ogos lalu.

“Kita telah terima laporan daripada wanita berkenaan yang berusia 44 tahun yang mendakwa anaknya dicabul dan dirogol oleh teman lelakinya. Laporan menyebut kes cabul berlaku pada awal April ketika pengadu pergi ke China atas urusan kerja.

“Anaknya pula ditinggalkan bersama suspek yang tinggal bersama di rumahnya di Kajang Perdana sejak lima tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, susulan laporan berkenaan pihaknya menahan suspek di Jalan Semenyih, Isnin lalu.

Suspek yang bekerja sebagai pengurus syarikat direman selama enam hari sehingga Ahad ini.

“Siasatan awal mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan dadah ke atas suspek juga negatif,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

sumber: noisytalker

Loading...