Walaupun Bukan Menantu Pilihan.. Ucapan Hari Ibu Fazley Yaakob Buat Rosmah Mansor Menyentuh Hati

Loading...

 

Sejak tidak lagi menjadi individu ‘nombor satu’ dalam negara, beberapa pendedahan mengejutkan mengenai mantan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor terus menjadi bualan netizen termasuklah pendedahan berani Dato’ Fazley Yaakob mengenai Rosmah Mansor sebagai ibu mertuanya.

Terharu Dengan Pengorbanan Isteri

Terbaru, bersempena dengan Hari Ibu yang jatuh serentak seluruh dunia semalam, Fazley telah menzahirkan ucapan khas untuk individu-individu penting dalam hidupnya termasuk isteri tersayang yang lebih dikenali sebagaiAzrene.

Dalam ucapannya itu, Fazley turut berasa terharu dengan pengorbanan isterinya dalam membesarkan empat orang anak mereka serta turut mengalami keguguran sebanyak 10 kali sebelum ini.

“Buat Isteri saya yang juga Ibu kepada 4 orang anak-anak saya- Adik sayang, terima kasih di atas 13 tahun hidup kita yang penuh keindahan walaupun ada kedukaan kita tersendiri. Adik seorang ibu yang serba lengkap buat anak-anak kita, seorang ibu yang terlalu penyayang. 10 kali keguguran bukan sesuatu yang mudah untuk di lalui, namun Adik telah bersabung nyawa untuk 4 orang anak-anak kita @payishpiyashpiyushdan @ellie_alaynaselma . Adik sayang, Abang loves you so very much. Happy Mothers Day! @azrene_ahmad”

Fazley Tuju Ucapan Hari Ibu Buat Rosmah

Selain Azrene dan ibunya, Fazley turut mendedikasikan ucapan hari ibu untuk ibu mertuanya Rosmah. Walaupun pelbagai sengketa dan konflik berlaku melibatkan isteri bekas Perdana Menteri ini, menurut Fazley dia sama sekali tidak pernah lupa untuk mendoakan yang terbaik buat ibu mertuanya itu sepanjang 13 tahun perkahwinannya bersama Azrene.

“Buat Ibu mertuaku- Terima kasih juga kerana melahirkan Azrene yang kini menjadi ibu kepada anak-anak saya. Segala usaha yang dilakukan oleh mu untuk membesarkan Azrene tetap dihargai. Doa saya buatmu tak pernah putus sepanjang 13 tahun ini, agar hidupmu diberkati dan diberikan ketenangan. Walau apa pun yang telah berlaku, hubungan anak dan seorang ibu takkan pernah putus. Insyaallah moga kita bertemu jua di satu hari nanti! Happy Mothers Day!”

Tambah Fazley, walau apa pun yang berlaku hubungan seorang ibu dan anaknya sama sekali takkan pernah putus serta turut berharap mereka akan berjumpa semula suatu hari nanti. Ternyata ucapan chef selebriti ini begitu mengharukan. Hangat.com mendoakan agar hubungan mereka kembali jernih pada masa akan datang dan memulakan kehidupan terbaru bersama tersayang.

Sumber Instagram Fazley Yaakob

Loading...

Pengakuan Isteri Fazley. .

Isteri kepada Chef Selebriti atau penyanyi Datuk Fazley YaakobAzrene Ahmadbanyak memendam rasa tidak puas hati, kecewa dan marah terhadap ibunya itu. Luahannya yang ditulis menerusi akaun Instagram tekah dihapuskan oleh pihak pengurusan Instagram namun kami di hangat.com sempat mengambil sedikit tulisannya dalam Bahasa Inggeris kemudian diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.

Oleh kerana samalam merupakan hari terakhir Datuk Seri Najib Razakdiumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia, Azrene bertindak berani untuk membuka apa sebenarnya yang terbuku di hatinya selama ini.

“Hari ini menandakan berakhirnya era kezaliman yang ramai telah berdoa. Saya dibesarkan oleh kedua-dua individu ini, menyayangi mereka, menghormati mereka. Terdapat masa di mana saya sanggup berjalan di atas bara api dan pertahankan mereka”

“Semakin saya membesar, saya melihat sifat mementingkan diri dan keserakahan antara mereka. Saya mengalami penderaan emosi, fizikal secara langsung di tangan orang di sebelah kiri (Rosmah). Saya menyaksikan penyalahgunaan sama yang dilakukan ke atas orang di sebelah kanan (Najib)

Saya menyaksikan banyak kesalahan, kesepakatan dan jabat tangan kedua-duanya yang dibuat untuk kepentingan kuasa dan untuk memuaskan selera mereka yang begitu tamak.”

AFP PHOTO / MOHD RASFAN

“Saya menyaksikan tawaran sampingan yang dibuat secara rahsia oleh orang disebelah kanan (Najib). Jumlah wang dalam beg bimbit dibelanjakan seperti air bukan untuk kepentingan rakyat tetapi dibelanjakan untuk barang kemas, penyuapan pegawai, dan digunakan untuk mendapatkan lebih banyak kuasa.”

Guna Ahli Sihir

Malah Azrene menjelaskan bomoh, ahli sihir, doktor estetik dan sebagainya sering sahaja berada di laluan rumahnya atas beberapa sebab untuk membahayakan sesiapa sahaja yang cuba menetang mereka.

“Bomoh, ahli sihir, doktor estetik, dan sebagainya berjalan di laluan rumah saya atas sebab yang berlainan, tetapi kebanyakkannya untuk mendapa kekuasaan ke atas rakan sebaya mereka dan ahli keluarga mereka, bahkan untuk membahayakan mereka yang berani untuk menentang mereka.

” Banyak akaun luar negara dibuka untuk menyalurkan wang ke luar negara demi perbelanjaan peribadi mereka. Peti besi keluli penuh barang kemas, batu permata dan wang tunai dan kasut kalung kristal secara senyap-senyap ke dalam dan luar negara in langsung tidak menyeronokkan.”

Jual Anak Sendiri

Lebih memeranjatkan, Azrene menjelaskan turut menjadi mangsa penjualan dengan perkahwinan bidaan tertinggi untuk membantu mereka memperolehi kelebihan politik.

“Mereka cuba menjual saya berkali-kali untuk berkahwin dengan pembida tertinggi, bahkan orang yang mempunyai kedudukan tertinggi yang akan dapat membantu mereka memperoleh kelebihan politik dan sosial .

Tidak ada yang dapat menghalang kerakusan mereka namun saya tetap bersama mereka atas dasar kesetiaan. Apabila kerakusan ini kemudiannya menumpukan perhatian kepada saya dan menjadi tertalu berat untuk dipikul, saya memutuskan untuk pergi. Oleh itu, diri saya sendiri dibuang keluarga malang ini.”katanya

Terima Ancaman

Bukan itu sahaja, setelah membuat keputusan untuk berumah tangga dengan Fazley, ahli keluarga barunya pula diganggu dengan macam-macam ancaman.

Azrene juga memberitahu sebelum melangkah kaki meninggalkan rumah, dia sempat berkata kepada mereka, dirinya yakin suatu hari nanti Allah akan menghukum kamu kerana mengkhianati orang-orang yang sepatutnya kamu lindungi.

“Hari saya meninggalkan rumah, saya memberi amaran kepada kamu, individu yang terpilih untuk berkhidmat adalah atas kehendak rakyat. Mereka perlu berkhidmat kepada rakyat bukannya sebaliknya. Akan tiba suatu hari nanti orang akan menghukum kamu di atas segala pelanggaran yang telah dilakukan terhadap mereka. Akan tiba juga Tuhan akan menghukum kamu atas pengingkaran kamu melindungi mereka.

Hari ini saya ingin berikan sedikit mesej kepada kamu berdua, adik beradik satu talian darah yang terlibat dalam skandal ini, kepada sesiapa yang berkolaborasi dalam konspirasi sehingga sanggup menggadaikan orang-orang yang tidak bersalah hanya kerana wang tunai, tuhan telah memakbulkan doa rakyat dan keluarga saya! Akhirnya kamu telah dibuang keluar.

“Sebagai salah seorang darah daging dalam ahli keluarga ini saya harap kamu belajar dari pengalaman ini dan bertaubatlah dan kembali ke jalan yang benar”

Semoga Allah memberi belas kasihan kepada jiwa hitamu. Hanya dia maha mengetahui dan pengampun!’ tulisnya panjang di status Facebook.

Loading...