SIRUL KOMANDO AKHIRNYA BONGKAR APA KAITAN NAJIB DALAM PEMBUNOHAN ALTANTUYA, RAMAI YG TERKEJUT

Loading...


Sirul Azhar Umar, bekas komando polis telah bersumpah bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat mahupun mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006, lapor MalaysiaKini.

“Saya mengerti apakah kehendak sesetengah pihak ini yang berkepentingan bagi menjatuhkan seseorang. Saya tidak pernah diajar, diasuh untuk memfitnah seseorang.

“Adalah berdosa besar kepada saya jika saya memfitnah seseorang itu dan saya lafazkan di sini, Wallahi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat, tidak ada kaitan dalam kes ini,” katanya dalam rakaman video pengakuannya itu

Bagaimanapun, netizen masih tidak dapat menerima pengakuan Sirul itu dan mendesak bekas komando itu mendedahkan siapa yang memberikan arahan untuk membunuh wanita Mongolia berkenaan.

Netizen juga meragui pengakuan Sirul yang seolah-olah mahu diberikan peluang untuk hidup dan kembali ke Malaysia tanpa menjalani hukuman gantung.

sementara itu, berita terkini yang diterima…

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai presiden Umno.

Pengumuman itu dibuat oleh dalam satu sidang media, petang Sabtu.

“Memandangkan Umno dan BN telah mengalami kekalahan yang amat berat, maka saya sebagai presiden Umno dan pengerusi BN mengambil keputusan untuk meletakkkan jawatan serta-merta.

“Ini kerana mengikut prinsipnya sesiapa yang menjadi ketua sesebuah parti, apabila parti itu gagal dalam pilihan raya tanggungjawab moral perlu diterima sepenuhnya oleh orang berkenaan,” katanya pada sidang media kira-kira jam 3 petang itu.

Loading...

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Barisan Nasional (BN) hilang mandat apabila tewas kepada Pakatan Harapan.

Loading...