Dari 45KG Kini Jadi 19KG, Adik Arif Derita Kanser Tisu Rayu Bantuan

Loading...

Kisah mengenai seorang kanak-kanak yang menderita penyakit kanser tisu menjadi tular di media sosial hari ini sejak ia dimuat naik pada tengahhari tadi.

Kisah sedih mengenai kanak-kanak yang dikenali sebagai Arif itu mendapat lebih 20,000 perkongsian sejak ia dimuat naik seterusnya mendapat perhatian dari rakyat Malaysia khususnya.

“Adik Arif baru berumur 9 tahun, anak sulung daripada 4 orang adik beradik dan tinggal di sebuah flat di Klang. Beliau seorang yang periang, aktif bersukan dan gemar bermain drum. Beratnya 45kg.

“Namun semuanya bertukar pada awal tahun 2017 lalu apabila Adik Arif mula pening-pening dan kabur penglihatan. Dia kemudiannya dimaklumkan oleh doktor bahawa menghidap ketumbuhan di sebelah kiri kepalanya dan telah disahkan sebagai kanser tisu.

“Ketumbuhan di kepalanya juga telah menolak bebola mata kiri Adik Arif ke luar. Telinga kiri juga terkesan dan tidak lagi boleh mendengar.

“Dugaan yang ditanggung oleh keluarga ini bukan sedikit. Untuk itu, saya ingin mengajak semua pihak membantu untuk meringankan bebanan yang ditanggung.”

Tulis status yang dimuat naik menerusi akuan Khairul Azar Omar itu.

Bermula awal 2017, gejala yang dialami Arif semakin kritikal apabila ketumbuhan itu membesar sekaligus menolak bebola mata kiri anak sulung daripada empat beradik ini.

“Beliau seorang yang periang, aktif bersukan dan gemar bermain dram. Beratnya 45kg. Kini berat Adik Arif hanya tinggal 19kg,” memetik status tersebut.

Jelasnya, sejak tahap kesihatan Arif semakin meruncing, dia tidak mampu menjamah makanan sebaliknya bergantung kepada susu.

Loading...

Difahamkan, selain menerima bantuan Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan, keluarga itu turut menerima bantuan daripada Zakat Selangor yang membayar sewa bulanan kediaman mereka di Klang, Selangor.

Malah, Mohd Norhafis terpaksa membuat keputusan yang sukar bagi dirinya apabila terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori lantaran perlu memberi perhatian khusus kepada Arif.

Sumber: FB Khairul Azar Omar

Loading...