Cikgu ini ingin menjadi haniffah yg terbaiktengoklah apa yg di lakukan pada anak-anak tadika itu sehinggakan terkeluar airmata mereka sedihkan

Loading...

Kenapa cikgu tadika hebat?
Bila pelajar menangis, pujuk dengan macam2 cara
Bila pelajar takmau bergerak, cikgu akan dukung walaupun badan mereka besar dari biasa
3. Kadang2 ada pelajar yang terbuang air kecil atau besar dalam seluar semasa sesi pembelajaran, muntah lepas makan atau sebagainya, cikgu jugalah yang tolong basuhkan
4. Anak kecil kadang2 tak fokus, kita cakap apa tak faham, tapi mereka sangat sabar melayani sehingga anak-anak ini boleh duduk buat kerja dalam kelas menjelang akhir tahun. kita dengan anak kita seorang dua pun dah rasa tak berapa nak sabar, tapi mereka urus hampir 20 orang ok je.
5. Datang tak tahu baca, tulis dan kira, hujung tahun semua pandai macam2.
6. Mengajar membaca perlu masa, nak ajar bunyi satu huruf pun jenuh, inikan pula nak ajar mereka membaca buku. mak pak tolong sabar. jangan baru dua tiga bulan hantar anak sekolah dah test mereka suruh baca surat khabar. (ini betul2 berlaku). bila anak tak boleh membaca surat khabar dah kelam kabut tanya cikgu, kenapa anak saya tak boleh baca? adoi..
7. Latih anak kecil bersukan, ingat senang ke? kita suruh lari ke depan mereka lari ke belakang. 😂
8. Melatih mereka buat persembahan semasa majlis graduasi, latihannya berbulan2. berpeluh mencurah2 demi nak bagi mak pak bangga dengan anak mereka.
9. Kena sepak terajang masa awal persekolahan tu biasa. tapi cikgu balas dengan pelukan mesra. siap bagi hadiah gula2 😍
Mesej saya nak sampaikan, jika mahu anak berjaya, hormatilah guru mereka. ini pesanan orang bijak pandai.
Cikgu tadika bukan sebarang orang, mereka sangat istimewa, kesabaran dan pengorbanan belum tentu semua orang mampu.
Jangan juga pandang kecil kepada mereka kerana pahala mereka mungkin lebih banyak dari kita. mereka ajar anak kita dari zero kot. pahala mengalir tak pernah putus sampai bila2.
Terima kasih kepada penulis…. saya copy paste jer….

Loading...