laporan pendedahan INTERPOL TERKINI TENTANG DR ZAKIR NAIK ramai buat umat islam menarik nafas lega.

Loading...

Laporan INTERPOL Terkini Tentang Dr Zakir Naik Buat Ramai Umat Islam BERSYUKUR. Allahu

Keputusan itu sekaligus menolak dakwaan pemimpin politik Malaysia yang berkeras tidak mahu menerima kehadiran pendakwah tersebut di negara ini.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, dakwaan kononnya Dr Zakir terlibat dengan aktiviti keganasan jelas sekali meleset.

Katanya, hakikat yang perlu diketahui, Dr Zakir bukanlah seorang pengganas tetapi hanya seorang pakar pembandingan agama yang telah mengislamkan ramai orang di seluruh dunia menggunakan kekuatan hujah beliau.

TUDUHAN DI MALAYSIA TIDAK BENAR
“Dakwaan yang dikeluarkan NIA kemudian disahut oleh sesetengah ahli politik di Malaysia kononnya beliau terlibat dengan aktiviti keganasan ternyata tidak benar.

“Ini hanyalah alasan bagi mereka yang tidak mampu menangkis hujah yang dikemukakan oleh beliau.

“Maka, bagi mereka cara ‘kekerasan’ adalah jalan terakhir bagi ‘menutup mulut’ pendakwah-pendakwah Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Sabtu lalu, Interpol memba­talkan notis arahan tangkap terha­dap Dr. Zakir dan mengarahkan pejabatnya di seluruh dunia memadam segala data mengenai pendakwah antarabangsa itu, daripada fail mereka.

Menurut portal berita www.timesnownews.com, langkah itu di­buat berikutan pihak berkuasa India didapati gagal untuk mengeks­tradisi Dr. Zakir yang kini berada di Malaysia

Loading...