Menangis Celine Dion dan De Fam Kalau Dengar Nyanyian Aishah Juara Gegar Vaganza 2017

Loading...

 

Ringkasan Video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)

Menangis Celine Dion dan De Fam Kalau Dengar Nyanyian Aishah Juara Gegar Vaganza 2017

ANDA BOLEH SCROLL TERUS KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO NYA.

Konsert Final Gegar Vaganza 4 telah pun berlangsung semalam dengan penuh kemeriahan.

Menepati jangkaan ramai, Aishah telah menampilkan persembahan penuh bertenaga dengan membawakan lagu popular dendangan Celine Dion, All by Myself di segmen solo.

Dalam segmen battle pula Aishah berganding dengan seorang lagi peserta GV4 Liza Hanim dengan mempersembahkan lagu De Fam, Supergirls.

Persembahan Aishah sememangnya layak diangkat sebagai juara di GV4 kali ini memandangkan sambutan daripada peminat yang begitu teruja dan komen komen positif daripada para juri.

Selain konsisten sepanjang pertandingan GV4 kali ini, Aishah dilihat sebagai peserta favourite dengan pembawaan diri yang menyenangkan audiens.

Aishah sebagai juara GV4 kali ini berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sebidang tanah lot banglo di samping pakej percutian ke Eropah.

Aishah turut berjaya muncul juara Anugerah Gelora Vida Vaganza dan merangkul hadiah istimewa khas dari Dato Vida.

Sementara itu naib juara disandang oleh Liza Hanim yang membawa pulang wang tunai RM50,000 disamping sebidang tanah dan pakej percutian luar negara.

Bekas vokalis Kristal, Lan Solo pula membawa pulang RM30,000 sebagai pemenang tempat ketiga serta sebidang tanah lot dan pakej percutian.

Rata rata penonton berpuas hati dengan keputusan GV4 kali ini dan berharap GV dapat diteruskan untuk tahun tahun berikutnya.

:::
Sila Like FB Fanpage VIDEO BIKIN PANAS untuk lebih banyak video menarik.

Loading...