Bekas laksamana TLDM dedahkan pesawat MH370 berada di laut china selatan ! “Tidak ada video yang membuktikan bahawa kapal terbang itu berpusing dan menuju ke lautan hindi, saya tuntut supaya kerajaan untuk tunjukkan saya radar video dari tentera udara y

Loading...

Ringkasan Video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)

Bekas Laksamana Pertama (B), Mohamad Imran Abd Hamid membuat kejutan di Dewan Rakyat apabila beliau menegaskan bahawa misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 telah menjunam di Laut China Selatan.

Katanya, kesimpulan itu dibuat berdasarkan pengalamannya sebagai anggota tentera laut dan teknologi radar.

“Hanya ada dua sebab sahaja (apabila pesawat hilang dari radar) – sama ada kapal terbang itu meletup ataupun menjunam ke laut,” katanya.

Mohamad Imran yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, dirinya tidak yakin dengan teori yang mendakwa pesawat MH370 menuju dan menjunam ke Lautan Hindi ekoran tiada bukti pesawat tersebut menuju di laluan berkenaan.

“Tidak ada video yang membuktikan bahawa kapal terbang itu berpusing dan menuju ke Lautan Hindi, saya tuntut supaya kerajaan untuk tunjukkan saya radar video dari tentera udara yang boleh mengesan kapal terbang ini berpusing ataupun menjunam.

Silah tonton video sampai habis untuk maklumat selanjutnya. Sampai perbincangan bajet pencarian.
Iklan Penaja

Loading...