[Video] Uncle Cina Cuba Ikut Gerakkan Orang Sedang Bersolat. Moga Temui Hidayah

Loading...


Negara kita diduduki oleh pelbagai bangsa, budaya dan agama. Bangsa yang berbeza juga sebenarnya membuatkan negara kita jadi lebih unik kerana dihiasi pelbagai budaya. Setakat ini, Malaysia masih terasa aman walaupun diduduki pelbagai bangsa dan semoga kekal aman dan makmur.
Sedang tular di media sosial apabila satu video yang merakamkan seorang lelaki tua berbangsa Cina sedang berdiri tegak dan apa yang menariknya beliau berdiri sambil memerhati pada sekumpulan lelaki sedang bersolat berjemaah di dalam sebuah bangunan di sekitar Jalan Raja Laut.Jarang sekali untuk kita perhatikan perkara sebegini terjadi apatah lagi zaman sekarang. Kita sering didedahkan dengan pergaduhan berlainan kaum sejak kebelakangan ini. Sebab itu apa yang uncle ini cuba lakukan memberi petanda berlainan bangsa tidak semestinya mencerminkan baik buruk seseorang itu. Semoga uncle ini diberikan hidayah daripada Nya.

Loading...