Al-Fatihah..Empat beranak maut termasuk bayi 10 hari dirempuh treler bawa muatan beras (11 Gambar)

Loading...

Gua Musang, Kelantan. 29 September 2017

EMPAT beranak maut dalam kemalangan membabitkan treler dan kereta di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Balai Polis Paloh, Gua Musang, 7.15 pagi, hari ini.

Difahamkan empat yang maut adalah suami isteri dan dua anak mereka.

Perjalanan sekeluarga pulang ke kampung di Pasir Mas untuk menghantar isteri pantang bersalin bertukar tragedi apabila kereta mereka terbabas masuk kelaluan bertentangan lalu dirempuh treler muatan beras.

Dalam kemalangan tersebut kereta yang dinaiki 4 sekeluarga itu diseret dan dihempap treler terbabit ke empat-empat mereka dipercayai maut termasuk bayi mereka berusia 10 hari mengikut rekod perubatan bayi terbabit yang dijumpai ditempat kemalangan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Anuar Abas berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.34 pagi.

“Sembilan anggota ke lokasi bersama tiga jentera dan tindakan segera untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sedang dilakukan.

“Usaha mengeluarkan mangsa mengambil masa kerana kita terpaksa memotong kereta yang remuk,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdullah Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, kerja menyelamat mangsa masih diteruskan dan identiti mangsa belum diketahui.

Semoga roh empat beranak ini dicucuri rahmat mereka pergi di pagi jumaat yang mulia sungguh tragis cara permergian mereka namun Allah lebih sayang kan mereka. Al fatihah

Sumber : HARIAN METRO

Loading...