Ya Allah, aku tak kisah suami aku ada perempuan lain, aku nak perempuan tu rasa sendiri yang suami aku ni…

Loading...

Aku baru nak masuk dua tahun bergelar isteri Ogos nanti, masih lagi dalam proses mengenal suami dan Allah bagi aku pengajaran supaya terima seadanya suami aku dan reda dengan ketentuan yang Dia tetapkan.

Kitorang kerap sangat bergaduh masa tahun pertama kahwin sampaikan aku bawa dia pergi kaunseling dekat JAWI, daftar pergi sama-sama ceramah agama berbayar seorang dengan kos RM 150! Aku rasa ‘bergaduh’ ni adalah disebabkan dari ‘tak cukup ilmu’ tapi bagi suami aku pulak bagi dia bergaduh ni adalah

‘proses mengenal dan matangkan diri’. Aku setuju dengan kenyataan suami aku tapi dia jenis, dia kata B, aku kena akui B dan buat sepertimana B. Aku pulak, aku kata A, tak perlulah kau nak akui A dan terpulanglah nak buat atau tidak sepertimana A.

Perbezaan inilah yang sering buat aku putus harap.

Aku tak terdetik hati nak minta cerai, tapi aku kata dalam hati “Ya Allah, aku tak kisah kalau suami aku ada perempuan lain, sebab aku nak perempuan tu rasa apa aku rasa sekarang dan bagi suami aku sedar yang suami aku memang bermasalah!”

Malam tu Allah bagi aku rasa suami aku ada perempuan lain. Aku tak nampak jelas muka perempuan tu tapi perempuan tu mesra, manja sangat dengan suami aku. Suami aku pakai short je duduk atas sofa dengan perempuan lain, sedihnya. Suami aku pegang tangan perempuan lain jalan tinggalkan aku seorang kat belakang,

aku rasa lonely gile tapi tiba-tiba suami aku hulurkan tangan dia nak pegang tangan aku, sayu sangat! Aku bangun, tengok suami aku terbaring lagi sebelah aku tengah tidur, terus aku peluk tangan dia kuat-kuat! Dalam hati aku kuat berdoa “Ya Allah, peliharakanlah kami. Tak sanggup aku nak berkongsi kasih” aku sanggup hadap perangai dia dari dia bagi kemesraan yang selama ni dia bagi kat aku dekat perempuan lain.

Dah hampir setahun kitorang bernikah tapi belum lagi dikurniakan anak. Gaduh besar lagi dan suami aku telefon mak dia nak meluah. Tak jantan langsung! Tiba-tiba aku dengar suami aku kata “Serabutlah mak, nak itu ini, nak mengandung lagi…” aku geram. Adakah usaha aku nak mengandung ni menyusahkan? Aku terfikir, kalaulah Allah bagi jodoh lain kan senang!

Allah datangkan aku mimpi kedua, aku pakai baju kurung putih sambil pegang bunga dengan bertemankan ibu ayah tapi muka ibu ayah aku sugul. Dari jauh aku nampak suami aku, dia menangis. Aku berpaling dan duduk disebelah lelaki yang aku tak kenal dan ayah aku wakilkan wali untuk nikahkan aku.

Aku tengok ke luar tingkap dan nampak suami aku menangis lagi. Aku rasa puas masa tu sampailah aku tengok betul-betul muka ‘suami’ baru aku. Aku kata aku tak nak tengok muka ni sampai tua.

Aku berpaling aku tercari-cari suami aku. Aku terjaga, sebelah aku kosong hanya bantal. Aku ke ruang tamu tengok suami aku tertidur dekat sofa. Ya, muka ni aku nak tengok sampai tua. Aku himpit suami, aku baring sambung tidur sebelah suami aku dekat sofa dan dia pun peluk aku kuat-kuat. Aman aku rasa.

Mimpi yang ketiga Allah bagi masa aku rasa suami aku adalah suami paling tak guna, doa nak tidur pun aku kena ajar. Aku di Rome, rumah kat sana kecik sangat, sejuk sebab pemanas rosak,

yang ada kat rumah tu cuma katil, bilik air, langsir koyak, dapur pun setakat ada kettle je. Aku kejutkan ‘hana’ budak perempuan rambut bob pergi sekolah. Dekat katil aku nampak seorang lelaki botak, badan besar macam wrestler WWF,

dia tengah tidur. Dalam mimpi tu aku rasa lelaki tu lelaki paling hampeh sekali! Aku terkejar-kejar hantar hana ke sekolah dan aku ke tempat kerja sampai aku berpeluh-peluh, lapar. Aku terjaga dari mimpi, aku lihat sekeliling rumah aku..”Ya Allah, kau dah bagi suami yang baik untuk aku, rumah pun elok dia sediakan,

barang dapur pun lengkap Alhamdulillah ya Allah” dan aku cepat-cepat kejutkan suami aku untuk subuh dan aku siapkan barang kat dapur untuk sarapan. “Ya, suami aku tak sempurna tapi dia tak pernah mengeluh, tak jemu nak belajar dan sentiasa penuhi aku. Kau kena sabar” Kata aku pada diri aku.

Lepas dari mimpi-mimpi tu, ya kitorang gaduh lagi. Tapi perasaan aku dah lain. Suami aku kata dia menyesal kahwin dengan aku. Suami tanya aku menyesal ke tidak? Aku jawab

“Saya tak pernah menyesal terima apa yang Allah dah bagi” suami aku terdiam. Lama jugaklah kitorang tak bertegur, create space sendiri, ambil masa muhasabah diri-sampailah aku dapat interview kerja kerajaan, suami aku call tanya how it goes? Aku jawab “ok je and i miss you.”

Bila teringat mimpi-mimpi tu, aku berlapang dada, aku rasa lebih reda dengan suami aku, baik buruk dia aku boleh terima, yang kurang aku akan tolong lagi-lagi bab agama.

Jadi diri sendiri dan jangan penat belajar dan mengajar.
Aku terbaca satu artikel ni tulis “Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah.” Aku setuju.
– Isteri tenang

Loading...