Kerja Di KL Gaji RM 900 Tapi Aku Dapat 6K Sebab Hari-Hari Aku Buat Kerja Ni..

Loading...

Aku ni perempuan biasa je, biasa biasa je haha. So nak share pengalaman aku. Kalau ikutkan, asalnya aku ni bukan jenis yang selalu sedekah, kdang fikir peruti sndri je.

Tapi sebabkan mak, bapak, kakak aku memang suka sedekah, kadang malu juga dengan diri sndri. Mak aku selalu nasihat post kt group whatsapp tentang sedekah ni. bila baca tu insaf la kejap, pastu lupa.

So satu hari tu, aku kena buang keje, sebab bos tu tak mampu nak gajikan ramai ramai. Stress jangan cakap la. Tetiba, Allah nak tolong la, kak sedara aku cakap kt ofis dia nak pakai org. So aku mula keje, sebagai debt

collector. Gaji basic 900, tolak epf socso smualah. kalau nak lebih, kena collect hutang lebih la baru dapat komisen. tiap bulan mmg tak ckup la 900 tu tambah kau kerja kt kl ni. Tapi tetiba satu hari tu, aku mula memberi.

otw nak balik kerja ikut train, mana aku jumpa org minta sedekah ke jual tisu ke aku bagi. Kdang aku beli makanan. Memang takde niat apa, rasa macam dah tiba masa aku amalkan apa yang aku duk selalu baca mak aku post bab sedekah. Alhamdulillah kuasa Allah, 3 bulan komisen aku cecah 6k. Umur aku baru je 18 time tu. Cuba korang bayang,

pengalaman pun takde, tapi Allah permudahkan urusan, ada je orang tetiba nak bayar hutang, baru kuarkan duit epf lah apalah. Since tu aku dh mula nampak kuasa sedekah.

Next,mula tahun lepas. Aku mula nak try dropship dropship ni. Dua minggu mula,memang takde lansung customer. post bab produk jgn cakap, naik malu dah muka ni sana sini post pasal barang aku jual tu. Time tu aku jual mcm baju

baju, jam beg kasut mcmtu. pastu spread la bab yang memerlukan bantuan sebab rumah dia terbakar. Aku tak fikir panjang trus bank in je bape aku mmpu, padahal time tu aku pun kais pagi makan pagi gak. Besok tu pun ada gak

spread pasal minta bantuan anak nak pembedahan jantung tak silap aku. Aku pun bantu juga lagi. So relaks lagi,dua hari promote pun takde juga orang. Kali ketiga rasa mcm nak give up dah, mungkin bukan bidang aku dropship ni. Tapi dah kalau rezeki kan , Allah tetiba ada orang pm aku, nak order baju.

Post tu dh lama kut! Sampai aku pun dh tak ingt harga bape, kelam kabut wei serious. Dia nak borong rasa aku, pastu mula la hari hari orang order, sampai kan aku tak ckup tngn. Untung bersih aku dapat dlm 500 lebih tak silap aku. Happy dia jangan cakap la syukur

alhamdulillah happy, aku boleh belikan mak aku magicpan la, sambut birthday bapak aku, belikan kakak aku jam.
Sejak dari itu lah, aku mula jadikan sedekah ni habit harian.

Tapi tipu la la kalau kata mmg hari hari aku sedekah, kdang tu pun aku terlupa. Tp bila ingt, kita buat. Buat kena niat tanpa mengharapkan balasan dari Allah . Niat kau sedekah, memang kau nak ringan kan beban seseorang tu. InshaaAllah, kau akan nampak keberkatan tu. Mungkin kau

takkan dapat wang sekebuk rtus ratus depan mata, tapi Allah akan bagi nikmat yang, kereta kau mungkin tak rosak, tak ada barang hilang, dapat bonus. Takde sakit yang memudaratkan. InshaaAllah, keberkatan tu msti ada. 900 pun msti kau rasa ckup, entah entah rasa lebih. kau rasa mustahil ? Kau try la buat. Aku doakan, amin.

Loading...