Kenyataan Raja JORDAN Buat Zionis TERPANA !!! Tentang Masjid Al-Aqsa.

Loading...

Kenyataan Raja JORDAN Buat Zionis TERPANA !!! Tentang Masjid Al-Aqsa. | Raja Jordan, Raja Abdullah II dalam satu temu bual yang disiarkan semalam oleh akhbar Addustour beliau bertegas untuk menjalankan tanggungjawab
mempertahankan al-Aqsa.

“Sebagai Penjaga tempat suci Islam dan Kristian di Jerusalem, maka aku akan meneruskan usaha saya untuk melindungi tempat-tempat ini dan berdiri menentang semua pelanggaran kesucian mereka,”tegasnya.

Israel sebaliknya tidak akan menerima peraturan ‘tanah haram’ sebagaimana Mekah dan Madinah, yang mengharamkan orang-orang kafir dari memasuki kawasan Masjid al-Aqsa, kerana mereka menggap ia adalah ‘tapak rumah ibadat Solomon’

Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan dan Hal Ehwal Luar Negeri Keesset Israel, Avi Dichter menegaskan, rejim itu tidak bertolak ansur dengan ketetapan tersebut.

“Idea bahawa apa yang telah dilakukan di Arab Saudi, di mana dua kota suci Islam, Mekah dan Madinah, adalah kawasan di mana hanya orang Islam mempunyai hak untuk memasukinya,

“(dan) akan dilakukan di Gunung Kuil (Lomon Temple) adalah idea yang diputarbelitkan bahawa kita tidak akan membiarkan ia berlaku, “kata Dichter.

“Kami akan menghormati kesucian Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis, dan akan mempertahankan hak-hak kami di Temple Mount.”tambahnya.

Dichter mengulas komen yang dibuat oleh Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Islam Jordan Wael Arabiyat, yang mengecam lawatan “ganas” pendatang Israel sehari sebelumnya.

Dalam kejadian itu, sekumpulan peneroka pelampau telah merempuh masuk ke perkarangan al-Aqsa dengan diiringi oleh pasukan keselamatan rejim.

Jordan merupakan penjaga masjid Al-Aqsa dan persekitarannya di timur Israel, telah berulang kali mengecam apa yang dikatakannya adalah pelanggaran peraturan di tapak, ketiga paling suci Islam itu.

Yahudi, yang menganggap kawasan itu juga tempat suci mereka, sebelum ini telah bersetuju, dibenarkan untuk melawat tetapi tidak untuk beribadat bagi mengelakkan ketegangan dengan umat Islam.

Pada hari Ahad, kira-kira 400 Zionis menyerbu kawasan itu untuk memperingati kemusnahan dua kuil purba, tetapi beberapa individu mengambil kesempatan cuba melakukan iabadat mereka di sana telah diusir keluar.

“Meneruskan langkah-langkah seperti itu boleh mencetuskan perang agama di rantau ini,” Wael Arabiyat memberi amaran dalam kenyataannya yang disiarkan pasa Isnin.

Arabiyat turut mengecam polis Israel kerana didakwa “menangkap dan memukul” jemaah Islam di perkarangan al-Aqsa.
Polis Israel pada hari Ahad berkata umat Islam berkumpul disitu telah mengusir dua orang Yahudi.

Polis menolak dan merempuh mereka, menyebabkan tiga orang Islam telah cedera ringan dalam pergelutan itu.

Loading...