“1 Janda,1 Isteri Orang”- Luahan Wanita Yang Dicurangi Suaminya Berkali-Kali Sehingga…

Loading...

Gambar Hiasan
Saya nak share pengalaman hidup rumah tangga saya pada semua, untuk makluman saya berkahwin pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang anak prempuan. apa yang saya nak kongsi disini adalah.. tentang seorang suami..Ya Suami, suami yang dinamakan ketua keluarga..kisah bermula dari mana saya megandung 4 bulan, start dari situ suami mula kantoi dengan saya sendiri bukan dari mulut orang lain, saya ulang KANTOI DARI SAYA SENDIRI, bab kisah dia kantoi tu saya sendiri pun dah penat nak cerita kat sini dan saya rasa admin pun dh malas nak baca, cuma saya tekankan disini suami saya kantoi mungkin hingga 20 kali dan semuanya saya bagi peluang sebab semuanya kantoi didalam mesej,facebook, wechat dan sebagainya..Hubungan keluarga antara keluarga saya dan mertua pun jadi dingin. ini adalah diseebabkan keluarga mertua saya selalu menyalahkan saya tak pandai jaga diri menyebabkan anak mereka jadi macam tu. ALLAH Maha Mengetahui. Adakah disebabkan seorang istrri jadi gemuk selepas melahirkan zuriat seorang suami terus perasaan itu berubah??
sampai suatu ketika saya dah rasa letih, saya dah mula ke pejabat agama minta kaunseling. tapi saya sangkakan akan berubah tapi cukup 1 BULAN perangai lama dia datang lagi..lepas pada tu saya masih beri peluang pada dia sebab fikir anak..ya perempuan, perempuan akan fikir anak je untuk buat sesuatu keputusan. entah kali yg keberapa saya bagi peluang pada dia sampai suatu hari tu dia kantoi lagi dengan saya dan masa tu saya dah rasa tak nak fikir dah, kenapa saya fikir anak sedangkan dia (suami) tak fiikr sy dan anak?? untuk makluman semua, suami saya bukan kaki mabuk, bukan kaki judi dan juga bukan kaki pukul..cuma KAKI BETINA!!!


saya tergerak hati untuk buat whatsapp web pada handphone suami saya, masa tu waktu tengahari,waktu lunch hour saya di pejabat. Betapa hancurnya hati saya bila baca mesej suami saya dengan seorang janda tersebut “SAYANG, SEDAP TAK MALAM TU ABANG MAIN PANTAT SAYANG, BANYAK ROUND KAN KITA BUAT MALAM TU” ALLAHUAKBAR ALLAH MAHA BESAR semoga Allah kuatkan saya. (Masa tu saya tak dapat gambarkan pada semua pembaca macamana teruk kusut keadaan saya)
1 janda & 1 isteri org.. saya dah tengok wajah kedua-dua wanita tersebut dalam gambar whatsapp & juga wechat
perempuan wechat (isteri orang)tersebut telah update gambar suami saya dan menyatakan dia mencintai suami saya..yang membuatkan saya pelik, bagaimana suami dia tidak tahu yang si isteri sedang curang..Allahu Nerakalah tempat kamu. saya diam, sikit pun saya tak tanya suami saya apa yg dia dah buat pada saya, mungkin Allah dah beri banyak kekuatan pada saya untuk hadapi semua ni.
Saya ke Mahkamah untuk proses pnceraian, saya ingat kata-kata suami saya sendiri “AWAK JANGAN MENYESAL DENGAN KEPUTUSAN YANG AWAK BUAT NI”. Sampailah ke tarikh penceraian, di hadapan hakim suami menangis merayu kepada saya supaya batalkan penceraian ni sbab dia masih sayangkan saya & dia berjanji akan berubah dan takkan ulangi perbuatan dia selama ni, dalam tempoh yang sama keluarga mertua juga datang berjumpa keluarga saya merayu untuk berbaik semula semasa di Mahkamah tersebut. Siapalah saya untuk menghukum? Siapalah saya untuk memutuskan silaturahim ni? Dengan nafas yang dalam & panjang saya memberi peluang lagi kepada suami sy.
YA…SAYA SEORANG WANITA YG SERINGKALI DILUKAI & MASIH MEMBERI PELUANG KEPADA SUAMI SAYA. BODOHKAH SAYA??
Untuk makluman, suami juga telah berterus terang jujur dengan saya, dia sudah terlanjur dengan dua org wanita tersebut. cuma saya nak mnta pendapat pembaca KRT disini, bagaimana cara untuk saay lupakan msej lucah suami bersama mereka serta wajah- wajah mereka??
Kisah ini dah berlalu 11 bulan, sehingga hari ini saya masih tak dapat lupakan apa yang terjadi bab ketelanjuran mereka..walaupun dalam masa 11 bulan ni suami dah buat macam-macam untuk happykan saya.
Mulut saya memaafkan tapi hati saya masih tak boleh lupakan semua yang terjadi. terima kasih semua
Sumber: Kisah Rumah Tangga

Loading...