Siapakah sebenar..!!! Lelaki pengerusi masjid menjual tanah wakaf

Loading...

Jual tanah wakaf: Mantan pengerusi dan setiausaha masjid direman

Suspek ditahan sekitar 7 petang semalam ketika diminta hadir ke pejabat SPRM Negeri Melaka bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. – Foto Astro AWANI

AYER KEROH: : Seorang bekas pengerusi dan bekas setiausaha Masjid Al-Hamideen, Melaka ditahan reman empat hari bermula hari ini kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM116,000 dalam urusan jual beli tanah wakaf milik masjid berkenaan pada tahun 2012 lalu.

Perintah reman sehingga 6 Mei ini, dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka Mohd Anuar Ostadi terhadap suspek yang masing-masing berusia 61 dan 46 tahun.

Kedua-dua mereka dipercayai telah menjual tanah wakaf milik Masjid Al Hamideen yang terletak di Bukit Cina, Melaka kepada seorang lelaki bukan Islam yang tidak layak untuk memiliki tanah wakaf terbabit.

Mereka difahamkan menerima rasuah dengan menjual tanah yang telah diamanahkan kepada mereka untuk kepentingan diri sendiri.

Kedua-dua suspek ditahan sekitar 7 petang semalam ketika diminta hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka bagi membantu siasatan berhubung kes beekenaan.

BACA: Jual tanah wakaf: SPRM tahan mantan pengerusi dan mantan setiausaha masjid

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang berkemeja T hitam dan berkemeja merah tiba sekitar jam 10.40 pagi tadi dengan diiringi beberapa pegawai dan anggota SPRM.

Loading...