Tips agar jadi suami. Yang sweet.nanti sayang bagi ketat tau kat ayang malam nanti

Loading...

Tips Menjadi Suami Yang sweet

Dalam rumahtangga perlu ada saling bertolak ansur dan saling membantu, jangan hanya mengharapkan sebelah pihak sahaja menguruskan keperluan rumah. Jika suami bekerja, isteri menguruskan rumah dan begitulah sebaliknya. Jika ada masa lapang, isikan dengan aktiviti bersama untuk mengeratkan keserasian dan keharmonian rumahtangga.

Jika selalunya kita bincangkan bagaimana atau tips-tips untuk para isteri menjadi isteri yang baik dan solehah, ini adalah antara tips-tips yang berguna buat para suami pula. Biar sama-sama memperbaiki kekurangan dalam diri, isteri mahupun suami haruslah belajar bagaimana untuk menjadi yang terbaik untuk pasangan.

Jangan pernah berbohong

Selalunya pada awal perkahwinan sahaja berlaku jujur, lama kelamaan mula pandai berbohong pada isteri. Jangan ingat isteri tidak tahu akan perbohongan itu, kadang-kadang isteri diamkan kerana hormatkan anda sebagai suami. Begitu juga isteri, jangan sesekali menipu suami, ingat ya! syurga seorang isteri itu terletak pada suami.

Hormati isteri anda

Anggap saja isteri anda seperti ibu anda, mereka sama-sama perempuan. Mereka sama-sama melahirkan, Hormati isteri anda seperti mana anda menghormati ibu anda. Baru rumahtangga bahagia. Malah rezeki juga bertambah.

Jangan berlaku curang

Jika sudah membuat keputusan untuk berkahwin, mengapa perlu berlaku curang terhadap isteri anda? Apa yang tidak cukup? Jika ada kekurangan pada isteri, nasihat dan didik biar jadi isteri yang baik dan solehah. Jangan tinggalkan dia untuk wanita yang lebih baik. Sudah menjadi tanggungjawab anda mendidiknya setelah berkahwin.

Buang sikap malas

Jangan biarkan isteri seorang sahaja yang menguruskan rumah, dari uruskan anak sehinggalah urusan dapur. Sesekali suami tolong la isteri buat kerja rumah, walaupun sekadar membasuh pinggan dan gelas, isteri anda pasti gembira dan sangat menghargainya.

Buang Ego jauh-jauh

Lelaki memang mempunyai ego yang tinggi, kadang-kadang tersalah tinggi suara sehingga isteri merajuk, pujuk lah isteri anda wahai suami. Jangan biarkan luka pulih sendiri tanpa pujukkan, nanti isteri anda mula rasa tidak disayangi, pergaduhan berlaku dan suasana menjadi muram. Jika ada berbuat salah, cepat-cepat minta maaf, buang ego tu jauh-jauh demi kebahagian rumahtangga anda.

Selalu terbuka kepada isteri

Jika ada masa terluang, tanya apa masalah isteri kalau-kalau ada sesuatu yang dia ingin luahkan. Dengar segala apa yang hendak diluahkannya, jangan pula anda marah dia setelah mendengar luahan dan komen darinya. Jika luahan itu berkaitan dengan perangai anda, ubah la apa yang patut. Dengar dan bersifat terbuka dengan isteri anda. Jangan cepat menghukum. Jika ada sifat cemburu buta, buang jauh-jauh.

Jadi suami yang romantik

Bukan semua wanita beruntung dapat suami yang romantik, tetapi suami dapat belajar bagaimana untuk menjadi suami yang lebih manja dan lebih romantik. Paling kurang pun, setiap kali hari ulang perkahwinan anda berdua, berikan isteri sekuntum bunga n cokelat. Apa sahaja cara terbaik untuk membahagiakan isteri anda itu juga romantik

Suami yang sering memberi semangat

Jangan jadi suami yang sikit-sikit nak membantah, isteri hendak berniaga tidak boleh, hendak berjual kuih pun tidak boleh. Jadi suami yang kuat memberi dorongan dan semangat. Kadang-kadang isteri kesian dengan suami dan berniat untuk menolong anda dalam mencari rezeki. Jangan larang apa yang isteri anda hendak lakukan selagi ianya tidak mendatangkan kemudaratan dalam rumahtangga .

Begitu juga sebaliknya, isteri juga harus bertindak sebagai pemberi semangat kepada suami, jika suami gagal dalam kerja, beri semangat dan motivasi agar suami dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna

Tunjukkan kasih sayang anda

Ada sesetangah lelaki sukar untuk menunjukkan kasih sayangnya terhadap isteri, Malu katanya, apa salahnya sesekali sebut “i love you” pada isteri sebelum turun kerja dan selepas pulang kerja, sesekali cium dahinya dan peluk lah dia, percayalah! Segala kepenatannya seharian bekerja dirumah akan lenyap begitu sahaja setelah mendapat pelukkan dari anda.

Jadi suami yang bertimbang rasa

Cuba bertimbangrasa dengan isteri, jangan berkira sangat dengan isteri. Contohnya, ketika isteri penat bekerja, suruh isteri rehat, anda tolong isteri buat kerja rumah. Jangan pernah naik tangan pada isteri, jangan kerana hal remeh anda berani memukul dan menindas isteri. Bukan isteri sahaja yang perlu hormat pada suami, tetapi suami juga perlu bertimbang rasa dengan isteri.

Hidup berumahtangga ini sebenarnya indah jika kita sama-sama memahami dan juga pandai bertolak ansur. Suami buang egonya, isteri pula jangan mudah melatah jika ada masalah, Jangan sikit saja masalah terus meminta cerai, cuba duduk bersama dan berbincang. Biasanya setelah bergaduh, hubungan suami isteri semakin erat dan lebih memahami apa yang pasangan suka atau tidak suka. Ianya adalah lumrah dalam berumahtangga. Itu namanya asam garam rumahtangga, semua orang merasainya.

Sumber : facebook/Chai’s Play

Loading...