Hari Raya Semakin Suram? Berikut Bagaimana Untuk Mengembalikan Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aildilfitri

Loading...

Hari Raya Semakin Suram? Berikut Bagaimana Untuk Mengembalikan Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aildilfitri

Mungkin ramai daripada kita berpendapat sambutan hari raya tidak seperti dahulu dek kerana faktor usia yang semakin meningkat, menyebabkan kita semakin malas untuk menyambut dengan sepenuh hati.

Rakyat Malaysia pada ketika ini terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk membuat persiapan sambutan Hari Raya. Hal ini membuatkan ramai antara kita terpaksa berfikir dua atau tiga kali untuk berbelanja sewaktu Hari Raya terutamanya untuk mengadakan rumah terbuka.

Penggunaan telefon pintar yang berlebihan pada zaman sekarang juga merupakan salah satu faktor terbesar sambutan Hari Raya kian hambar.

Ramai antara kita memilih untuk duduk di rumah tidak berbuat apa-apa berbanding berkunjung ke rumah sanak saudara. Jangan jadi antisosial.

Mungkin melalui penggunaan telefon pintar, manusia menjadi terlalu selesa kerana mampu berinteraksi bersama rakan lain di media sosial di atas katil. Ini merupakan satu mala petaka untuk manusia sejagat.

Itu belum bercerita tentang kepura-puraan betapa meriahnya sambutan Hari Raya melalui kiriman gambar di laman media sosial terutamanya di Instagram. Setiap orang berebut-rebut mahu memberitahu satu dunia tentang betapa meriah hidupnya. Ini lagi satu malapetaka yang sangat menggerunkan.

Jadi bagaimana caranya untuk kita mengembalikan suasana Hari Raya seperti dahulu kala. Bagi saya ianya bukan kerana faktor usia. Di umur kita yang semakin meningkat ini, kita perlu berbuat sesuatu yang berbeza untuk menghangatkan kembali pengalaman di Hari Raya.

Pertama sekali, apa salahnya sewaktu menerima kunjungan di Hari Raya atau rumah terbuka, tuan rumah melaksanakan ‘larangan’ telefon pintar. Bermakna setiap penggunjung yang datang perlu meletakkan telefon mereka ke dalam kotak atau balang untuk sementara waktu.

Melalui perlaksanaan ini membuatkan pengunjung yang datang rasa lebih selesa untuk berkomunikasi. Ini juga dapat meningkatkan lagi interaksi sesama manusia yang semakin pudar.

Yang kedua, sebagai tuan rumah, anda perlu memperbanyakkan permainan rakyat atau aktiviti bersama. Sebagai contoh, tuan rumah boleh mengendalikan sesi bermain charades atau permainan teka teki sewaktu berkumpul.

Permainan seperti ini dilihat merupakan pilihan mudah untuk mengurangkan rasa kekok di antara satu sama lain.

Loading...