Kecoh Sekumpulan Pemuda Halang Pakatan Harapan Edar Kurma

Loading...

Menjadi viral di laman sosial sejak semalam apabila sekumpulan pemuda dirakam menghalang dan mengusir pasukan Pakatan Harapan yang mengedarkan kurma di sebuah bazar Ramadan.
Kejadian yang dipercayai berlaku di Kluang, Johor menyaksikan kumpulan itu cuba menghalang Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Umar Ali serta pasukan mereka memasuki bahagian dalam bazar itu.

FMT melaporkan Sheikh Umar berkata, akviti mengedar kurma itu tetap berjalan lancar dengan kerjasama urusetia yang menguruskan bahagian gerai menjual makanan dan kuih muih.
“Namun kami amat kesal dengan apa yang berlaku setibanya kami di bahagian gerai menjual pakaian…Kami dimaki, dikasari dan dihalau oleh sekumpulan pemuda.

“Kami difahamkan urusetia yang menjaga kedua-dua bahagian ini adalah berbeza,”katanya.
“Bulan Ramadhan yang mulia ini tidak wajar dicemari dengan kebencian, kekerasan dan kata-kata kesat serta kekasaran,” katanya lagi yang dilihan cuba menenangkan keadaan di situ.
Mereka juga dikatakan membuat laporan polis berhubung kejadian dihalang oleh kumpulan pemuda itu. – CARI

Loading...

Add a Comment