“Biarlah lebih cantik dari isteri saya”-Shukri Yahaya

Loading...

Berikutan kontroversi baru-baru ini yang mengaitkan aktor lelaki popular yang meminta gambar lucah daripada seorang wanita, Shukri Yahaya tampil memberi penjelasan bagi menjawab tanda tanya dari pelbagai pihak.

Shukri Yahaya, 28, telah menafikan sekeras-kerasnya memgenai dakwaan seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Danielle. Beliau menganggap perbuatan wanita itu sengaja mahu mengaibkan dirinya.
Shukri Yahaya juga menambah sekiranya dia mahu curang, wanita itu haruslah lebih cantik dari isterinya, Tya Adnan yang juga seorang pelakon.
“Kalau betullah saya nak curang, biarlah wanita itu lebih cantik daripada isteri saya,” ujarnya.

Memetik laporan Utusan Online, beliau juga menganggap, wanita yang langsung tidak dikenalinya itu hanya mahu memburukkan namanya dan ingin meraih populariti.
“Terus terang saya katakan, saya tak faham kenapa wanita itu zengaja nak memburukkan nama saya. Mungkin dia nak popular dengan cepat jadi dia sengaja gunakan nama saya.
“Saya tak tahu nak cakap apa sebab saya masih lagi terkejut dengan berita palsu yang saya terima pagi tadi,” katanya ketika dihubungi UTUSAN ONLINE.

Berbicara mengenai tindakan yang akan beliau ambil selepas ini, Shukri Yahaya yamg sedang popular dengan drama bersiri Andainya Takdir itu, dia akak mengambil tindakan sekiranya peekara ini berlanjutan.
“Saya kalau boleh memang taknak ambil tahu pun benda-benda macam ini sebab lelaki itu bukan saya. Zaman sekarang ini orang boleh gunakan nama dan gambar saya umtuk dijadikan bahan fitnah.
“Saya hanya akan ambil tindakan jika ia membabitkan keluarga saya dan berlebih-lebihan. Saya anggap ini adalah dugaan untuk saya di bulan puasa dan mendapat pahala lebih besar buat saya,” ujarnya.
Macam-macam dugaan di bulan puasa ni kan. Semoga Shukri dan keluarga bertabah lah berhadapan dengan manusia yang entah apa-apa. Hehe.

Loading...

Add a Comment